Terma & Garis Panduan Pelanggan

Sila baca garis panduan, kemudian isi maklumat anda dan tekan “Setuju” di sebelah. Pada telefon, kotak persetujuan berada tepat di bawah garis panduan.

Garis panduan penuh, skrol dalam kotak ini untuk baca

Terma, Syarat & Garis Panduan Pelanggan. Dengan meneruskan penggunaan perkhidmatan Nakngaji, anda mengesahkan bahawa anda telah membaca, memahami, dan bersetuju dengan terma dan syarat ini.

Nakngaji merupakan salah satu perkhidmatan yang disediakan oleh Sifu Edu & Learning Sdn Bhd, sebuah syarikat yang dimiliki sepenuhnya oleh Bumiputera Islam. Kami telah membantu lebih daripada 13,000 pelajar memperoleh pengalaman pembelajaran secara peribadi.

Kami mengucapkan terima kasih atas kepercayaan anda kepada kelas mengaji peribadi Nakngaji (1-on-1 Home Tuition) dalam membantu meningkatkan potensi pembelajaran anak anda.

1Kelas

Persediaan Sebelum Kelas

Para pelajar dikehendaki menyiapkan alat tulis (pen, pensil, pemadam, pembaris), buku nota, serta Al-Quran / Iqra' / Muqaddam.

A) Semasa Kelas Berjalan

Sila pastikan seorang penjaga berada di rumah sepanjang sesi kelas berlangsung sebagai langkah keselamatan (bagi pelajar di bawah 10 tahun). Pihak Nakngaji tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang masalah yang timbul.

B) Pembatalan & Penggantian Kelas

i.

Pelajar / Penjaga dikehendaki memaklumkan kepada pengajar sekurang-kurangnya DUA (2) hari sebelum membatalkan sesi kelas, kecuali dalam keadaan kecemasan. Sekiranya pembatalan dilakukan pada minit terakhir, sesi kelas akan dianggap telah berjalan.

ii.

Sekiranya berlaku kecemasan, pelajar / penjaga diwajibkan memberitahu pengajar dengan segera.

iii.

Jika seorang pelajar tiba lewat untuk menghadiri sesi kelas, sesi tersebut akan dianggap telah berlangsung pada masa yang telah ditetapkan. Walau bagaimanapun, sebarang perubahan bergantung kepada budi bicara pengajar.

C) Penggantian Pengajar

Pelajar / Penjaga boleh memohon untuk menggantikan pengajar sekiranya terdapat kekangan dari segi jadual, tarikh kelas, atau kesesuaian pengajar yang ditugaskan. Sila berhubung dengan staf yang bertanggungjawab untuk urusan lanjut.

2Bayaran

Sila rujuk jadual di bawah untuk yuran perkhidmatan Nakngaji 1-to-1.

A) i) Kadar Yuran Selaras

Yuran Perkhidmatan: Harga / Sesi (RM)
Jenis KelasOnlineFizikal
Asas2545
Lancar3050
Subjek lain3555

**Minimum 5 kelas sebulan (30 minit per sesi)

ii) Pakej 3 & 6 Bulan

Kelas Online: Pakej 3 Bulan
Jenis KelasJumlah SesiHarga / Sesi (RM)
Asas1522
Lancar1526
Subjek lain1532
Kelas Online: Pakej 6 Bulan
Jenis KelasJumlah SesiHarga / Sesi (RM)
Asas3018
Lancar3023
Subjek Lain3028
Kelas Fizikal: Pakej 3 Bulan
Jenis KelasJumlah SesiHarga / Sesi (RM)
Asas1242
Lancar1246
Subjek Lain1252
Kelas Fizikal: Pakej 6 Bulan
Jenis KelasJumlah SesiHarga / Sesi (RM)
Asas2435
Lancar2440
Subjek Lain2445

B) Bilangan Sesi Minimum, Pelajar Tambahan dan Masa Tambahan

i.

Yuran yang dinyatakan di atas adalah untuk satu sesi bagi seorang (1) pelajar sahaja.

ii.

Sesi minimum bulanan adalah lima (5) sesi.

iii.

Caj tambahan bagi setiap pelajar adalah RM12 untuk kelas fizikal dan RM10 untuk kelas dalam talian bagi setiap sesi. Masa pembelajaran akan dilanjutkan selama 15 minit bagi setiap sesi tersebut.

iv.

Caj tambahan bagi setiap penambahan 15 minit waktu adalah RM12 untuk kelas fizikal dan RM10 untuk kelas dalam talian.

v.

Had maksimum bagi sesuatu kelas adalah dua (2) orang pelajar sahaja.

vi.

Pelajar yang mendaftar untuk kelas yang berbeza tidak dibenarkan menghadiri sesi kelas yang sama.

vii.

Invois bulanan adalah kekal mengikut jumlah pelajar yang telah didaftarkan, walaupun terdapat pelajar yang tidak hadir pada mana-mana sesi yang telah dijalankan.

C) Cara Pembayaran

Pembayaran kelas bulanan ialah secara "Advance Payment". Invois akan dihantar pada setiap awal bulan secara automatik melalui WhatsApp dan emel ([email protected]). Pembayaran perlu dijelaskan dalam tempoh 3 hari selepas invois diterima. Bayaran boleh dibuat melalui:

  • i) FPX / Kad Kredit, klik butang "PAY NOW" yang terdapat di dalam invois.
  • ii) Bank Transfer atau Online Banking:
Bank MaybankNama Akaun SIFU EDU & LEARNING SDN BHDNo. Akaun 562115516678

Setelah bayaran dibuat, sila hantar resit atau bukti pembayaran melalui WhatsApp ke nombor +60 14-603 7500.

D) Bayaran Balik (Refund)

Tiada pemulangan wang akan diberikan untuk mana-mana sesi kelas yang tidak dijalankan atau dibatalkan oleh pelajar, penjaga, atau pengajar. Sebarang sesi yang dibatalkan atau tidak dijalankan perlu dijadualkan semula pada waktu yang sesuai.

E) Pembatalan

Pihak Nakngaji akan melaksanakan pembatalan sekiranya situasi berikut berlaku:

i.

Pihak syarikat tidak berjaya mendapatkan seorang pengajar dalam tempoh empat belas (14) hari bekerja.

ii.

Pembayaran tidak berjaya atau tidak diterima.

iii.

Maklumat pembayaran tidak dapat disahkan atau diproses.

iv.

Sebarang keadaan yang tidak dijangka yang menyebabkan pembatalan.

3Notis Penting

Pelajar atau Penjaga dilarang menjalankan sebarang transaksi secara langsung dengan pengajar. Semua transaksi mesti dilakukan melalui Nakngaji sahaja. Pihak Nakngaji tidak akan bertanggungjawab atas sebarang kesulitan yang timbul akibat transaksi pembayaran yang dilakukan kepada pihak lain.

4Notis Privasi

Untuk maklumat lanjut mengenai notis privasi Nakngaji tentang bagaimana Nakngaji menyimpan, menggunakan, dan mendedahkan data mengenai anda, sila rujuk kami di laman sesawang nakngaji.my/privacy-policy.

5Pertanyaan

Untuk sebarang pertanyaan, sila hubungi kami melalui emel [email protected] atau di talian 03-5888 4827. Waktu operasi kami adalah dari 10.00 pagi hingga 5.00 petang, Isnin hingga Jumaat.

*Nakngaji / Sifututor (Sifu Edu & Learning Sdn Bhd) mempunyai hak untuk mengubah polisi dan maklumat di atas tanpa sebarang notis.

Dengan meneruskan penggunaan perkhidmatan Nakngaji, anda mengesahkan bahawa anda telah membaca, memahami, dan bersetuju dengan terma dan syarat ini.

Persetujuan

Isi maklumat anda dan tandakan kotak untuk mengesahkan anda telah baca dan bersetuju dengan garis panduan ini. Penerimaan anda direkodkan dengan tarikh dan masa.

Terma & Garis Panduan Pelanggan