Terma & Garis Panduan Pelanggan
Sila baca garis panduan, kemudian isi maklumat anda dan tekan “Setuju” di sebelah. Pada telefon, kotak persetujuan berada tepat di bawah garis panduan.
Terma, Syarat & Garis Panduan Pelanggan. Dengan meneruskan penggunaan perkhidmatan Nakngaji, anda mengesahkan bahawa anda telah membaca, memahami, dan bersetuju dengan terma dan syarat ini.
Nakngaji merupakan salah satu perkhidmatan yang disediakan oleh Sifu Edu & Learning Sdn Bhd, sebuah syarikat yang dimiliki sepenuhnya oleh Bumiputera Islam. Kami telah membantu lebih daripada 13,000 pelajar memperoleh pengalaman pembelajaran secara peribadi.
Kami mengucapkan terima kasih atas kepercayaan anda kepada kelas mengaji peribadi Nakngaji (1-on-1 Home Tuition) dalam membantu meningkatkan potensi pembelajaran anak anda.
1Kelas
Persediaan Sebelum Kelas
Para pelajar dikehendaki menyiapkan alat tulis (pen, pensil, pemadam, pembaris), buku nota, serta Al-Quran / Iqra' / Muqaddam.
A) Semasa Kelas Berjalan
Sila pastikan seorang penjaga berada di rumah sepanjang sesi kelas berlangsung sebagai langkah keselamatan (bagi pelajar di bawah 10 tahun). Pihak Nakngaji tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang masalah yang timbul.
B) Pembatalan & Penggantian Kelas
Pelajar / Penjaga dikehendaki memaklumkan kepada pengajar sekurang-kurangnya DUA (2) hari sebelum membatalkan sesi kelas, kecuali dalam keadaan kecemasan. Sekiranya pembatalan dilakukan pada minit terakhir, sesi kelas akan dianggap telah berjalan.
Sekiranya berlaku kecemasan, pelajar / penjaga diwajibkan memberitahu pengajar dengan segera.
Jika seorang pelajar tiba lewat untuk menghadiri sesi kelas, sesi tersebut akan dianggap telah berlangsung pada masa yang telah ditetapkan. Walau bagaimanapun, sebarang perubahan bergantung kepada budi bicara pengajar.
C) Penggantian Pengajar
Pelajar / Penjaga boleh memohon untuk menggantikan pengajar sekiranya terdapat kekangan dari segi jadual, tarikh kelas, atau kesesuaian pengajar yang ditugaskan. Sila berhubung dengan staf yang bertanggungjawab untuk urusan lanjut.
2Bayaran
Sila rujuk jadual di bawah untuk yuran perkhidmatan Nakngaji 1-to-1.
A) i) Kadar Yuran Selaras
| Jenis Kelas | Online | Fizikal |
|---|---|---|
| Asas | 25 | 45 |
| Lancar | 30 | 50 |
| Subjek lain | 35 | 55 |
**Minimum 5 kelas sebulan (30 minit per sesi)
ii) Pakej 3 & 6 Bulan
| Jenis Kelas | Jumlah Sesi | Harga / Sesi (RM) |
|---|---|---|
| Asas | 15 | 22 |
| Lancar | 15 | 26 |
| Subjek lain | 15 | 32 |
| Jenis Kelas | Jumlah Sesi | Harga / Sesi (RM) |
|---|---|---|
| Asas | 30 | 18 |
| Lancar | 30 | 23 |
| Subjek Lain | 30 | 28 |
| Jenis Kelas | Jumlah Sesi | Harga / Sesi (RM) |
|---|---|---|
| Asas | 12 | 42 |
| Lancar | 12 | 46 |
| Subjek Lain | 12 | 52 |
| Jenis Kelas | Jumlah Sesi | Harga / Sesi (RM) |
|---|---|---|
| Asas | 24 | 35 |
| Lancar | 24 | 40 |
| Subjek Lain | 24 | 45 |
B) Bilangan Sesi Minimum, Pelajar Tambahan dan Masa Tambahan
Yuran yang dinyatakan di atas adalah untuk satu sesi bagi seorang (1) pelajar sahaja.
Sesi minimum bulanan adalah lima (5) sesi.
Caj tambahan bagi setiap pelajar adalah RM12 untuk kelas fizikal dan RM10 untuk kelas dalam talian bagi setiap sesi. Masa pembelajaran akan dilanjutkan selama 15 minit bagi setiap sesi tersebut.
Caj tambahan bagi setiap penambahan 15 minit waktu adalah RM12 untuk kelas fizikal dan RM10 untuk kelas dalam talian.
Had maksimum bagi sesuatu kelas adalah dua (2) orang pelajar sahaja.
Pelajar yang mendaftar untuk kelas yang berbeza tidak dibenarkan menghadiri sesi kelas yang sama.
Invois bulanan adalah kekal mengikut jumlah pelajar yang telah didaftarkan, walaupun terdapat pelajar yang tidak hadir pada mana-mana sesi yang telah dijalankan.
C) Cara Pembayaran
Pembayaran kelas bulanan ialah secara "Advance Payment". Invois akan dihantar pada setiap awal bulan secara automatik melalui WhatsApp dan emel ([email protected]). Pembayaran perlu dijelaskan dalam tempoh 3 hari selepas invois diterima. Bayaran boleh dibuat melalui:
- i) FPX / Kad Kredit, klik butang "PAY NOW" yang terdapat di dalam invois.
- ii) Bank Transfer atau Online Banking:
Setelah bayaran dibuat, sila hantar resit atau bukti pembayaran melalui WhatsApp ke nombor +60 14-603 7500.
D) Bayaran Balik (Refund)
Tiada pemulangan wang akan diberikan untuk mana-mana sesi kelas yang tidak dijalankan atau dibatalkan oleh pelajar, penjaga, atau pengajar. Sebarang sesi yang dibatalkan atau tidak dijalankan perlu dijadualkan semula pada waktu yang sesuai.
E) Pembatalan
Pihak Nakngaji akan melaksanakan pembatalan sekiranya situasi berikut berlaku:
Pihak syarikat tidak berjaya mendapatkan seorang pengajar dalam tempoh empat belas (14) hari bekerja.
Pembayaran tidak berjaya atau tidak diterima.
Maklumat pembayaran tidak dapat disahkan atau diproses.
Sebarang keadaan yang tidak dijangka yang menyebabkan pembatalan.
3Notis Penting
Pelajar atau Penjaga dilarang menjalankan sebarang transaksi secara langsung dengan pengajar. Semua transaksi mesti dilakukan melalui Nakngaji sahaja. Pihak Nakngaji tidak akan bertanggungjawab atas sebarang kesulitan yang timbul akibat transaksi pembayaran yang dilakukan kepada pihak lain.
4Notis Privasi
Untuk maklumat lanjut mengenai notis privasi Nakngaji tentang bagaimana Nakngaji menyimpan, menggunakan, dan mendedahkan data mengenai anda, sila rujuk kami di laman sesawang nakngaji.my/privacy-policy.
5Pertanyaan
Untuk sebarang pertanyaan, sila hubungi kami melalui emel [email protected] atau di talian 03-5888 4827. Waktu operasi kami adalah dari 10.00 pagi hingga 5.00 petang, Isnin hingga Jumaat.
*Nakngaji / Sifututor (Sifu Edu & Learning Sdn Bhd) mempunyai hak untuk mengubah polisi dan maklumat di atas tanpa sebarang notis.
Dengan meneruskan penggunaan perkhidmatan Nakngaji, anda mengesahkan bahawa anda telah membaca, memahami, dan bersetuju dengan terma dan syarat ini.
Persetujuan
Isi maklumat anda dan tandakan kotak untuk mengesahkan anda telah baca dan bersetuju dengan garis panduan ini. Penerimaan anda direkodkan dengan tarikh dan masa.