★★★★★ 4.9 · lebih 1,600 ulasan Google
Ditubuhkan
Pelajar Aktif
Kelas Setiap Hari
Pilih cara anda mahu mengajar, tetapkan ketersediaan dan terima peluang kelas yang sepadan dengan profil anda.
Buka slot mengajar berdasarkan hari dan waktu yang anda boleh berikan. Sesuai untuk guru sambilan atau yang mahu mengajar dengan lebih aktif.
Pihak Nakngaji membantu memadankan anda dengan pelajar berdasarkan subjek, tahap, lokasi dan jadual yang sesuai.
Pilih kelas secara online, di rumah pelajar atau kedua-duanya berdasarkan kemampuan dan kawasan anda.
Gunakan sistem Nakngaji untuk mengurus jadual, merekod kehadiran dan melengkapkan laporan perkembangan pelajar.
Bayaran guru dibuat berdasarkan sesi yang telah dijalankan dan disahkan, dengan rekod kelas yang jelas.
Bimbing pelajar mengikut tahap dan bidang yang anda kuasai, daripada asas Iqra hingga peringkat lebih tinggi.
Anak-anak ini memerlukan guru mengaji peribadi seperti anda untuk diajar cara bacaan yang betul dan pendidikan Al-Quran yang bertauliah.
Pilih satu atau beberapa bidang yang sesuai dengan kelayakan dan pengalaman anda.
Huruf, baris dan asas membaca.
Kelancaran dan keyakinan membaca.
Hukum bacaan dan sebutan yang betul.
Hafalan surah mengikut kemampuan.
Asas ibadah dan ilmu agama harian.
Asas akidah dan kefahaman Islam.
Asas membaca dan menulis Jawi.
Makna dan pengajaran daripada ayat.
Panduan ibadah berdasarkan silibus.
Asas bahasa mengikut tahap pelajar.
Lengkapkan borang permohonan dengan maklumat peribadi, subjek dan dokumen anda.
Jawab kuiz SOP dan tajwid, serta muat naik rakaman bacaan surah anda.
Pihak Nakngaji akan menyemak permohonan anda dan menghubungi anda untuk langkah seterusnya.
Ya. Anda boleh menetapkan ketersediaan berdasarkan hari dan waktu yang sesuai. Peluang kelas akan dicadangkan berdasarkan slot yang anda berikan.
Kedua-duanya tersedia. Anda boleh memilih kelas online, kelas di rumah pelajar, atau kedua-duanya berdasarkan kemampuan dan kawasan anda.
Nyatakan semua kelayakan, sijil dan pengalaman anda. Setiap calon dinilai berdasarkan keseluruhan profil termasuk bacaan, tajwid, pengalaman, komunikasi dan kesediaan mematuhi SOP.
Tidak dijamin. Peluang kelas bergantung pada permintaan semasa, lokasi, subjek dan jadual. Profil anda diaktifkan untuk padanan apabila peluang yang sesuai tersedia. Tetapi peluang lebih tinggi untuk kelas online memandangkan tiada halangan dari segi lokasi. Anda boleh memilih student online dari mana-mana jua lokasi
Pihak Nakngaji biasanya menghubungi pemohon dalam tempoh 24 jam pada hari bekerja untuk menerangkan langkah seterusnya.
Bayaran dikira berdasarkan sesi yang telah dijalankan dan disahkan dalam sistem, dengan rekod kelas yang jelas.
Menjalankan kelas mengikut tahap pelajar, merekod kehadiran, menyusun jadual dan melengkapkan laporan perkembangan pelajar di dalam sistem.
Walaupun bilangan guru mengaji Nakngaji dah ramai, kami masih mengalu-alukan kemasukan guru baru kerana demand kami semakin banyak. Malah kami juga telah meluaskan pasaran ke market Singapura.